Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Selamat~Datang

Ilmu tanpa amal ibarat sebiji epal yang cantik di luar tetapi jika dimakan, tiada manisnya.

Langkah-langkah Penyediaan Medium Semaian



Medium semaian: Tanah loam, bahan organik, pasir sungai


Langkah Penyediaan Medium Semaian

Langkah Penyediaan Medium Semaian

1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.

2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.

3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik, 1 bahagian pasir sungai.

4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.

5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut secara berasingan.

2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai secara berasingan.

3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.

2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah 1 bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.

3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium semaian dengan rata.

4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu sama lain.

2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang kayu kecil.

3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.

4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.

5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah penyediaan bekas penanaman

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya.

2. Jika menggunakan pasutanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini menggelakkan pasu menyerap air daripada medium. Sekiranya, kamu menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya.

3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman.

Langkah mengubah anak pokok

1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum mengubah anak pokok.

2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga memenuhitiga perempat bahagian pasu.

3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan.

4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.

5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm dari bibir pasu.

6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.

7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.

8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.

Langkah membina batas.

1. Tanah digemburkan. Buat batas setinggi 15 cm hingga 20 cm. Panjang batas bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.

2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas.

1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan.

2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan. Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan tangan.

3. Siriam anak pokok.

4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi anak pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.


2 komen:

Anonymous said...

ada x langkah2 menyedia medium memasu

Unknown said...

Xde la boskurrrrr

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails