Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Selamat~Datang

Ilmu tanpa amal ibarat sebiji epal yang cantik di luar tetapi jika dimakan, tiada manisnya.

Biodata Penulis Blog


KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH Tahun 4

Tajuk : Unit 6 - Tanaman Hiasan



Kumpulan 1-RBT1


Cara Muat turun dari Hotfile



Buka Post Yang Bahanya Hendak Dimuaturun
Selamat Mencuba~

Nota Kuliah - Word


Bahan terakhir untuk Unit 6

Penyedian Medium

PEMBIAKAN TANAMAN

KERATAN BATANG

jenis tanaman hiasan

Bahan Dan Alatan

Nota rumusan kuliah. Semua nota berkaitan dengan Unit 6 : Tanaman Hiasan, Buku Teks KHSR Tahun 4.

P/s; nota ini pelajar gunakan untuk ulangkaji pelajaran.

Tajuk Baru, Gaya Baru




Pembelajaran Tanaman pada kali ini menggunakan kaedah BBM-WEB.

Relevan
  • Sepajang waktu KH di kelas akan digunakan untuk melakukan amali.
  • Nota kuliah akan dibekalkan di blog
  • Memudahkan pelajar untuk mengulangkaji secara individu.
  • Mengatasi kekurangan masa pengajaran.
  • Pembelajaran yang menarik - interaktif


Pemasuan semula



Nota pemasuan semula:

  • Kelebihan menanam tumbuhan dalam pasu
  • sebab-sebab pemasuan semula
  • medium pemasuan
  • pemilihan pasu
  • menyediakan pasu
  • langkah-langkah pemasuan semula
  • Penjagaan Tanaman

Nota Ringkas Tanaman Hiasan




pokok bunga semusim


Rujuk Unit 6 dalam buku teks Kemahiran Hidup Sekolah Rendah untuk lebih memahami isi pembelajaran yang cikgu telah terangkan.
Nota yang di muatnaik merupakan nota ringkas daripada buku teks.

Pemangkasan



Pokok yang memerlukan pemagkasan



Kandungan Bahan

  • Memangkas - memotong bahagian batang, dahan/ranting untuk menggalakan pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang atau dahan dan pengeluaran bunga serta buah.
  • Alatan Pemangkasan
  • Tujuan Pemangkasan
  • Jenis-jenis pemangkasan
  • Menguntil

Contoh-contoh bekas tanaman



Bekas tanaman daripada loyang


Bekas tanaman daripada plastik


Bekas tanaman untuk semaian



Bekas tanaman benih semaian pokok tanaman hiasan



berikut merupakan koleksi gambar pelajar sekolah yang telah membuat bekas tanaman.

pelajar-pelajar juga boleh menggunakan bahan terbuang untuk membuat bekas tanaman hiasan, contohnya, botol plastik, periuk yang sudah bocor, bekas makanan plastik dan sebagainya.

Jenis-Jenis Perosak





haiwan perosak...
Kandungan Nota
  • Apakah itu serangga?
  • Ciri-ciri serangga
  • Kenapa serangga merosakkan tanaman?
bahan diperoleh daripada guru Sekolah Kebangsaan Datuk Hj Mohammed.

Perhatian Kepada Pelajar;
Pelajar dikehendaki membaca kandungan bahan dan fahami kandungan bahan.

Jenis-Jenis Tanaman Hiasan





Pada pembelajaran kali ini bahan telah dimuatnaik oleh cikgu safikkin.
Bahan yang telah dimuatnaik merupakan jenis-jenis pokok tanaman hiasan.

Arahan kepada pelajar;
pelajar dikehendaki membaca kandungan bahan untuk digunakan pada kelas minggu hadapan.

Langkah-langkah Penyediaan Medium Semaian



Medium semaian: Tanah loam, bahan organik, pasir sungai


Langkah Penyediaan Medium Semaian

Langkah Penyediaan Medium Semaian

1. Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.

2. Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.

3. Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikutn nisbah, 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik, 1 bahagian pasir sungai.

4. Campurkan dan gaulkan bahan tersebut semula.

5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.

Langkah Penyediaan Medium Penanaman

1. Sediakan ketiga-tiga bahan medium penanaman dan tapis bahan tersebut secara berasingan.

2. Sukat bahan medium mengikut nisbah 3 ahagian tanah loam, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir sungai secara berasingan.

3. Gaul ketiga-tiga bahan medium tersebut.

Langkah menyemai biji benih (kasar)

1. Dengan menggunakan sudip tangan, isikan medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas semaian.

2. Campurkan dan gaul biji benih dengan pasir halus mengikut nisbah 1 bahagian biji benih dengan 5 bahagian pasir halus.

3. Tabur campuran biji benih dan pasir halus di atas permukaan medium semaian dengan rata.

4. Tabur sedikit medium untuk menutup campuran biji benih

5. Siram semaian. Pastikan semaian diletakkan di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah menyemai biji benih (halus)

1. Buat barisan lurus di permukaan medium dengan jarak 10 cm antara satu sama lain.

2. Tandakan titik penanaman dan buat lubang dengan menggunakan sebatang kayu kecil.

3. Masukkan satu biji benih ke dalam setiap lubang.

4. Tutup lubang biji benih dengan campuran medium.

5. Siram semaian. Pastikan semaian berada di tempat yang teduh. Labelkan jenis pokok dan tarikh semaian.

Langkah penyediaan bekas penanaman

1. Pilih pasu yang mempunyai dua atau tiga lubang saliran di bahagian bawahnya.

2. Jika menggunakan pasutanah liat yang baru, rendamkannya di dalam air semalaman supaya air dapat meresap ke rongga halus pasu. Cara ini menggelakkan pasu menyerap air daripada medium. Sekiranya, kamu menggunakan bekas terpakai, cuci bekas terpakai untuk mengeluarkan kotoran yang terlekat padanya.

3. Tutup lubang saliran dengan menggunakan batu-batu kecil atau pecahan pasu untuk mengelakkan medium daripada terkeluar bersama-sama air siraman.

Langkah mengubah anak pokok

1. Lembapkan medium di dalam bekas semaian beberapa jam sebelum mengubah anak pokok.

2. Masukkan medium ke dalam pasu penananaman seingga memenuhitiga perempat bahagian pasu.

3. Buat lubang di tengah-tengah medium di dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan.

4. Ubah anak pokok dari bekas semaian.

5. Masukkan anak pokok ke dalam lubang medium. Tambahkan medium sehingga 2.5 cm dari bibir pasu.

6. Padatkan permukaan medium dengan tangan.

7. Siram anak pokok yang baru dipindahkan sehingga medium lemap dan letakannya di tempat lindungan selam beberapa hari.

8. Setelah beberapa hari di bawah tempat lindungan, dedahkan anak pokok tersebut secara beransur-ansur kepada cahaya matahari.

Langkah membina batas.

1. Tanah digemburkan. Buat batas setinggi 15 cm hingga 20 cm. Panjang batas bergantung pada bentuk yang telah ditetapkan.

2. Tabur dan gaul baja kompos atau baja organik di atas batas.

Langkah menanam anak pokok di atas batas.

1. Buat lubang di permukaan batas dengan menggunakan sudip tangan.

2. Ubah anak pokok dari bekas semaian dengan menggunakan sudip tangan. Kemudian masukkan anak pokok ke dalam lubang. Padatkan tanah dengan tangan.

3. Siriam anak pokok.

4. Gunakan daun lalang atau pelepah kelapa atau jaring untuk melindungi anak pokok daripada pancaran matahari. Labelkan batas anak pokok tersebut.


Pembiakan Tanaman Hiasan



Anak Pokok yang ditanam di dalam bekas khas
Anak Pokok bernaungan

Anak Pokok Kelapa


Biji benih anak pokok

Pembiakan tanaman hiasan.
nota yang terdapat di dalam slide ini mengandungi
  • pembiakan tanaman hiasan melalui seks
  • panduan cara pemilihan biji benih
  • merawat biji benih
  • menyemai biji benih kecil dan besar
  • rawatan percambahan biji benih
  • pembiakan aseks
  • penyokong
  • Cantuman
Bahan boleh dibaca online atau dimuaturun untuk dibaca semasa offline.

format bahan: ppt - microsoft power point

Sepohon Pokok Epal





Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.


Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.

“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.

“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.

” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.

“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada pilu.”

Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,” jawab lelaki tua itu.”

Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


*cite ni dh biasa kita dengar.ibaratnya pohon epal itu adalah ibu bapa kita. kita tinggalkan mereka bila senang dan cuma cari susah dan perlukan bantuan.wlu begitu mereka ttp cbe mnolong asal anak mereka gembira dan bahagia. itu dalam hubgn kkluargaan-1. lam konteks hbgn prsahabatan-2 jga begitu. kita mula mngabaikn kwn yg sntiasa bsama kita, kwn yg bkngsi ssh snang bila kita seronok bsama kwn baru. tanpa sedar, ada hati yg terluka disaat hati kita gembira..pd kawan2, thnx tuk mereka2 yg sntiasa jdi pohon epal tuk aku..n maaf sgt andai kdg ak jdi bdk kecil yg xthu menghargai :'(

p/s:
1- sayangi ibu bapa.tu mesti.
2- epal, dahan dan batang phon epal hnya tuk mreka yg sntiasa ada d bwh phon. lau pergi xkn dapat lagi.jdi, main prmainan d bwh phon epal, bina rumah di bwh phon epal dan blyar bila phon epal mati.hee~ sy xckup baik tuk jdi cm pohon epal yg sntiasa ada wlu diabaikn.sori.

7 ciri positif orang berjaya







7 Ciri Positif Orang Berjaya

1. Orang yang positif semakin tercabar, semakin kuat berusaha.
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah laksana timah atau lilin – apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran; berkecai.

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam “exhaust pipe”, semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! Itulah yang amat kita kagumi mengenai YAB Dr. Mahathir. Semakin tercabar, semakin gagah! Dunia amat mengkagumi idea-idea beliau. Dunia amat mengharapkan pandangan-pandangan dan fikiran-fikiran Dr. Mahathir.

2. Orang yang positif melihat peluang dalam kegawatan.
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dari kegawatan!

Aristotle Onassis, jutawan Greek, asalnya seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk mencari penghidupan baru. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun. Lepas perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi. Banyak syarikat bankrap. Tetapi Onassis telah nampak satu peluang. Ia sedar yang tentera Amerika sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang. Kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Ia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika itu dengan harga murah.

Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal itu telah boleh digunakan. Ia telah gunakanya untuk mengangkut barang-barang dan minyak. Dari sinilah permulaan sebenar bagaimana Onassis menjadi seorang jutawan.

Begitulah kelebihan Onassis. Sedang orang lain berada dalam keadaan negatif, beliau bertindak secara positif.

3. Orang yang positif sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
Pelbagai contoh kejayaan yang menjadi sejarah membuktikan bahawa sikap positiflah yang membawa kejayaan kepada mereka yang mencapai kejayaan besar dalam kehidupan.

Perdana Menteri Inggeris, Harold MacMillan pernah menceritakan tentang nasihat ayahnya, “Mac, kalau kau telah fikir sesuatu perkara itu berguna dibuat, buatlah bersungguh-sungguh”.

Semangat waja Paul Getty juga amat baik sekali kita contohi.

4. Orang yang positif sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.
Peter Drucker, professor ilmu pengurusan di Amerika ada berkata: “Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat”.

Dengan sikap seperti ini, tiap-tiap orang boleh berjaya malah dapat pula membawa kejayaan kepada penghidupan diri, keluarga dan masyarakatnya. Dengan bersikap positif, tenaga yang biasa digunakan untuk mengecam, memaki hamun, dan memarah-marah itu dapat digunakan untuk perkara-perkara membina.

Dengan bersikap positif, seseorang itu akan mencari jalan untuk membaiki kehidupannya. Bukannya berharap kepada orang lain untuk membaiki kehidupannya. Orang yang positif bertanggungjawab kepada dirinya sendiri – berdikari.

5. Seseorang yang positif tidak menyalahkan keadaan.
Seseorang yang bersikap positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa kemalangan, musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangan itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.

Napoleon, yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar – sebab pendek. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa ia lebih baik daripada orang lain. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau menjadi Maharaja Perancis – menakluki tiga suku Benua Eropah. Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya tadilah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

6. Orang yang positif mendengar dahulu pendapat orang lain.
Orang-orang yang bersikap positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bila orang mengecam tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln telah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak. Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata begitu?

Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa battalion tentera ke suatu tempat itu akan merugikan kerajaan Amerika. Lincoln yakin akan penerangan Stanton itu lalu terus menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, Presiden Suharto yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada masyarakat Indonesia akhirnya terpaksa meletakkan jawatan dalam keadaan yang amat mengaibkan. Saya teringat kata-kata Dr. Mahathir yang kira-kira bermaksud “Don’t overstay.” “Kalau nak berhenti makan, berhenti masa tengah sedap makan.”

7. Orang yang positif sentiasa bangun apabila terjatuh.
“Orang yang penggamang mati jatuh, orang yang pending mati hanyut.” Bidalan – Pepatah Melayu; Penjelasan: Penakut tidak dapat apa-apa.

Adi Putra



Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.

SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini – Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.



Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan ‘caranya’.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis ‘media’ di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.

“Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.

“Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik,” cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. “Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra,” katanya.

Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.

Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya – sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

“KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka.”

Sepanjang temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tangannya juga pantas menekan punat permainan video.

Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: “Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari.”

Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: “Untuk rezeki abang.”

Dan untuk kesekian kalinya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.

Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya – makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.

EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

Macam mana boleh terfikir?

Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?

Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam ‘kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil’. Sebab apa Adi kata macam tu?

Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah.

Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini?

200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?

Ilham datang waktu itu.

Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

Counter Strike, game tembak-tembak…Ada juga main game Meet the Robinsons.

Bila besar Adi nak jadi apa?

Adi nak jadi profesor matematik Islam.

Adi tahu Adi terkenal sekarang?

Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?

Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?

(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?

Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?

Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?

Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

Doa apa?

Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik.

Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

Adakah letih menjadi seorang genius?

Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

Apa ucapan untuk ibu dan ayah?

Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

Adi baru belajar tahfiz – Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah

Credit : Kosmo

Related Posts with Thumbnails